Pages

Showing posts with label Indahnya Islam. Show all posts
Showing posts with label Indahnya Islam. Show all posts

Thursday, January 13

WIR CAMPAIGN: Covering the chest is the best!

Menutup aurat secara sempurna. It's not easy. It's a process. But for the love of Islam and Allah, let us improve ourselves both spiritually and physically. For those who are wearing the hijab, let's do it right!


Apa kata kita mulakan dengan melabuhkan hijab, shawl, pashmina, scarf, tudung kita biar menutup dada. Hopefully I can commit to this. Sebab aku pon selalu je selempang tudung. It's not nicelah. Dada tu sebenarnya lebih menggiurkan dari rambut.

So do join this campaign! Spread it in your own blog, tumble log, etc. Kalau korang nak print buat fliers pon boleh gambar ni aku bagi kebenaran. Sangatlah dialu-alukan.

Oh by the way, WIR stands for Wear It Right. Hehe. So come on girls, let's do this. Covering the chest is the best!

{ANNA}
_____________________________________________________________

Ini cuma re-post sahaja. Click here to be directed to the original post. I'm just helping to spread it and insya-Allah join it. For our own good, jom semua!

You're amazing. Enough said,

Tuesday, December 14

Free to repost,

So I received this message on Facebook. I read it and I know that this a good thing to share. Read it. Although there might be a slight chance that some of you may have done so. Spread it. It is a wonderful reminder for all of us Muslim :)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu hamba tertidur. Dalam tidur, hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
  • (a)isteri tidak mendengar kata suami.
  • (b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
  • (c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit. Sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI
  • (a) berselawat - untuk junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
  • (b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
  • (c) bersembahyanglah
  • (d) berzakat - jangan ditinggalkan.
  • (e) tunaikan Fardhu haji - bilaberkemampuan.
  • (f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.
Syukran :D

You're amazing. Enough said,

Monday, December 6

Doa Akhir Tahun

Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekelian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekelian Rasul dan ke atas keluarganya dan sahabatnya sekalian.Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia .

Copied from here.

Salam Awal Muharram semua :)

You're amazing. Enough said,