Pages

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Tuesday, January 18

Hoo haa

Sorry,


I'm on hiatus.


Homeworks overloaded = Welcome back, school life.
Tak sempat nak update blog ni sangat, boo!

You're amazing. Enough said,

Monday, January 17

Selamat Tinggal, Archerer

Yang sebelah kanan tu, Cik Liyana Atiqah. Jumaat lepas dia punya last day dekat sekolah. Ya lah, bila dah masuk form 4, sorang sorang terbang ke tempat lain. Oh, dia pindah ke Sekolah Teknik KL. Memanglah bukan best friend dia gitu tapi rasalah jugak sedikit sebanyak bila dia pindah. Haha. Ada satu fakta bonus pasal dia. Tahun lepas, dia ada menang pingat emas dalam sukan memanah. Bukan peringkat sekolah tapi dalam SUKMA. Yang dekat Melaka tu. Hebat en? Dia pun pakai braces. Macam kita. Sangat suka bila tengok dia senyum, lepas tu mata dia jadi macam sepet-sepet gitu. Terus-terang cakap, memang comel :D

Jadi, hari Sabtunya, dia ada buat farewell party. Venue : KFC, AEON AU2. Ada sorang ni, lepas habis sekolah, terus pergi sana. Duduklah dekat toilet dalam 25 minit gitu, lepas tu duduk dekat Baby Room dalam 40 minit pula. Hahaha. Buat macam rumah sendiri, kononnya. The rest of the day was pretty awesome. First time keluar dengan diorang ni. Except Amira Najwa. CF CF *kening*. Tak payah nak tulis panjang-panjang sangatlah ya. Kita punya skill menulis ni pun dah start meluntur sikit-sikit.

Group photo #1.

Group photo #2, candid (yang tak jadi sangat)

Taste sama-sama hijau. Wah, ada jodoh kah?

Ni pun lagi sorang yang nak pergi. Kuala Kangsar en? Raja Zafirah, last day baru dapat kenal dengan dia -.-

Yang dekat bawah ni, kita punya 'last words' untuk dia. Tak sempat nak tulis dekat buku, send message dekat Facebook je. Ada jugak orang lain punya. Macam Amira, Amira, Nasuha dan lain-lain dekat sini. Tergelak-gelak bila baca Nasuha punya last sentence. Hahaha. Nak tahu, bukaklah :) Tuan blognya, tak lain dan tak bukan, orang yang diraikan tu.
Ke hadapan saudari Liyana, hehe, lepas ni mesti susah nak jumpa dah kan. Kalau ada jodoh, mesti jumpa lagi punya, insya-Allah. Time bersanding nanti ke *kening* Er, ni bukan 'ada jodoh' yang kita maksudkan tadi tau. Apa pun, jaga diri. So, make sure kita akan still keep in touch. Biarlah YM berbicarakan untuk kita. Tak pun Skype ke en? Nanti mesti rindu senyum Liyana yang dihiasi dengan braces tu. Haha. Anyway, live life, breathe air, I know somehow you're gonna get there, to German! *wink* Salam.
-Kaz
Selamat tinggal, Liyana.

You're amazing. Enough said,

Sunday, January 16

15/01/11

Tak sempat nak tulis apa-apa lagi pasal semalam :( Pasal aktiviti kokurikulum yang pertama bagi tahun 2011 mahupun pasal Liyana punya farewell party. Tu lah, semalam keluar lama-lama sangat en? Kan kerja dah bertimbun-timbun malah berbukit-bukit atau mungkin juga bergunung-gunung. Tapi nanti, insya-Allah kita akan post. Eh, jangan main-main, entry pasal tu memang wajib dipost dekat blog tau. Ceritanya pun, boleh tahan lah kot. Haha. Eleh, nanti tengok-tengok bila dah post, pasal Liyana nanti seciput je. Liyana, Kaz janji takkan tulis post tu macam syok sendiri gitu aje nanti okay? At least, I will try not to. Hehe.

So kerja rumah, awak apa khabar? Hehe.

You're amazing. Enough said,

Friday, January 14

Mid-Jan already?

Kita ada cerita tapi kejap lagi baru kita bagitahu.

By the way, look around. Tell me what you see. Changes right? The shoutbox icon and the music playlist. So yeah, I have to figure out how to make this blog simpler and lighter. *sigh* Sama macam tuannya, berat -.- Tapi tadi kelam-kabut sikit jadi, ada benda yang tak betul sangat. Sorry eh.
___________________________________________________________________

Hari ni, agak touching-touching gitu. First, dekat sekolah ada majlis perpisahan Pn. Tan. Memang sebelum ni, kita tak pernah mention pasal Pn. Tan. Meh, kita cerita sikit. Beliau ni sebenarnya mantan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah kita. Tapi hujung tahun lepas, dia dapat naik pangkat jadi Pengetua dekat SK Convent Sentul. Itu sebab ada majlis perpisahan tu. Kita tak pernah diajar oleh dia, except ada satu hari tu dia ajar Sains sikit sikit. Sangat best kelas dia. And waktu perhimpunan jugak, dia banyak kasi ilmu baru dekat pelajar-pelajarnya. Among the things that I've learnt from her and #1 my favourite is : MAD. Make. A. Difference. She inspires lots of us. Everyone loves her. Waktu majlis tu, tersentuh bila dengar Pn. Habshah, pengetua sekolah bagi ucapan. Pengetua kata, kalau boleh saya tak nak lepaskan dia tapi saya tak mahu sekat rezeki dia. Kami pun macam tu jugak, tak nak Pn. Tan pergi. Lepas tu, Pn. Tan pula berucap. Dia cerita, setiap hujung SMS atau e-mail dia dengan pengetua, mesti ada tulis 'Love you'. Semua dekat dalam dewan pun dah awww. Berair jugak mata waktu. *sniff* The bond of relationship between two people never fails to awe anyone. Itulah, Pn. Tan sekarang dah jadi pengetua dekat sekolah baru. Remember this Pn. Tan, SVians will always love you. SK Convent Sentul's student, you better take a really good care of our beloved Pn. Tan.

This was taken during last year's class party. And that's Pn. Tan Tee Hwa in scout's uniform.

Hari ni pun, last day Liyana dengan Fakhuma dekat SMKS5. Sorang nak masuk Sekolah Teknik KL, sorang lagi nak masuk RMC. Mahu ternganga bila dapat tahu Fakhuma pindah. Fuhh! RMC kot. Satu sekolah dengan Aidil lah nanti kan. Hehe. Tapi tak sempat nak cakap goodbye dekat Fakhuma. Last thing yang dia cakap pun, Eh, spek tu. Haha. I was wearing my red, thick-framed glasses, so yeah. Liyana pulak, besok ada dia punya farewell party. Eee, tak sukanya semua pindah-pindah ni. Tapi apa nak buat, kita mana boleh kacau future diorang. Takpe, insya-Allah, Facebook ada. Kan?

You're amazing. Enough said,

Thursday, January 13

Ah,

Hari ni asyik terserempak dengan seseorang ni aje. Ada jodoh eh?
Hahaha. I guess, things are starting to go back to normal.

:D


P/S: Who started that rumor? Bila masa entah kita couple -.-'

You're amazing. Enough said,

Wednesday, January 12

Rabu itu Wednesday.

Hari ini hari Rabu. Hari Rabu ada Fizik. First time saya belajar Fizik. Dan hari ini juga hari uniform. Semua kena pakai baju unit beruniform masing-masing. Tapi saya tak pakai. Rasa macam budak-budak tadika pula tulis ayat ulang-ulang macam ni -.-' Let's start with this :
11th Jan 2010 - 11th Jan 2011 : 661 comments.
Okay, kerja siapa kat atas ni? Siapa lagi kalau bukan tuan empunya diri. Err, korang faham tak ni? Hehe. Ingat tak post kita pasal satu status dekat Facebook dulu tu? Haah, semalam dah genap satu tahun. And berakhirlah sesi memecahkan rekod dan sesi merapu meraban. So, disebabkan dah pernah post pasal benda tu, jadi tak payahlah nak cerita panjang-panjang. Just nak bagitahu, dah setahun dah benda tu jadi. Tak sangka dah setahun dah en? Klik sini untuk ditransport ke tahun 3000 S.M. Hehehe. Untuk ke post tu lah der..

Hari ni pula, 12 Januari, first time attend latihan rumah sukan. Mesti korang fikir whoa, advance ke apa en? Baru minggu kedua dah start latihan semua-semua. Hari sukan sekolah pun mesti awal kan ni? But people, dear people, one word : NO! Hari sukan kitorang bulan Jun kot. Adalah dalam lebih kurang 13 kali latihan rumah sukan. Pelik kot. Tapi entahlah, kita sendiri pun tak sure kita stay lama ke tak dekat sekolah tu. Kot. Hahaha. Asyik-asyik kot, asyik-asyik kot!

Waktu latihan tadi, adalah beberapa orang senior rumah merah yang ada datang sekali. Em, ada Izzat, Azfar and siapa lagi sorang tu? Yang dulu dia pengawas tu. Bila dah nak balik tadi, duduk duduk kejap dekat Astaka. Tengok diorang buat lompat tinggi. Pergh, cantik seh. Adalah beberapa budak lelaki rumah Wanga Jaya Raya,(Wanga? Err, wanga wanga eh eh ke? Haha. Pembetulan : WANGSA Raya.) diorang berdiri dalam satu line lepas tu buat lompat tinggi sorang-sorang tapi continuously. Dapat bayangkan tak? Tak? Okay, try imagine kambing biri-biri lompat pagar. Alah, macam yang korang selalu buat kalau susah nak tidur tu. Kira sekor-sekor. "Satu ekor kambing. Dua ekor kambing. Tiga ekor kambzzZZ" Macam tu lah. Boleh pakai ke tu? Hee, takpelah *sengih* Serious, memang smart gua cakap sama lu. Tapi ada je lah yang terjatuhkan palang. Kalau ambik video tadi pun, mesti macam best kan. Sorang sorang lompat, haaaah, kalaulah kita pun boleh lompat macam tu jugak.
Counting sheeps 'til you fell asleep. Boleh bayangkan dah? Smart kan?

Balik dari latihan, abangku bawaku pulang ke rumah terchenta. Naik motor beb! Haha. Dah lama kot tak naik motor. Aish, kot lagi -.-' Serious, dah lama tak naik motor. Asyik naik kereta je kan. Sampai ada terlupa sekejap macam mana nak pakai helmet *dush*. Lepas tu abang perli, jangan pakai terbalik macam dulu sudah. Hehehe. Dulu pernah terpakai helmet terbalik. Ye lah, macam mana nak bezakan depan dengan belakang. Nampak lebih kurang sama je. Nasib baik takde orang lain yang perasan. Kalau tak, buat malu je. Lepas tu, kitorang kena lalu dekat atas satu jalan yang baru ditar. Jadi, macam biasa, kalau ada mana-mana kenderaan yang lalu, mesti dia punya batu-batu tu macam bouncin bouncing kan. Terasa geli pula kaki bila kena. Haha.

Waktu tengah asyik menaip tadi, abang ada hantar SMS. Tanya masal model printer. So ayah, pinjam phone okay? Punyalah confident dah reply semua kan. Tiba-tiba abang call. Kata tak dapat message tu. PULAK DAH! Lepas tu dia kata suruh try lagi. DUDE! Alang-alang dah call tu, tanya je lah. Nak suruh mesej lagi pulak. Dalam hati dah macam, aih abang, orang ingatlah nama model dia. Then, ayah pulak datang. Bagitahu phone tu dah tak boleh nak pakai buat SMS or call. Dah tamat tempoh. LERRRR.. Panas je. Hahaha. Nasib baik tengah duduk bawah kipas youuuu. Sejuk sikit.

Oh, do you remember how I used to love Wednesday? And here it comes again. Wednesday, I love you. Hoho. Amira, anda sangat smart bila mengenakan baju KRS!

And oh, semalam dah tulis nama dah. Konon nak join sidang redaksi crew. Konon? Eh, memang nak jadi lah! Harap-harap dapat ya. Tak sabar nak main taip-taip nanti XD

You're amazing. Enough said,

Monday, January 10

10/01/11

Ahhh, sudah siap nota biologi. Haih -.-'

Baru perasan yang kita belum ada mood nak belajar lagi. Padahal dah masuk second week dah seh. Rasanya next week ok sikitlah kot. Ni lah yang jadi bila mula melangkah masuk ke alam form 4. Dengan pening kepalanya, dengan menunggu-nunggunya, dengan sedih hatinya, dengan curiousity yang menggunungnya. Banyak lagi lah.

Oh, and tak tahu kenapa tapi macam takut-takut sikit seh dengan cikgu-cikgu semua. Agaknya sebab baru lagi kot. Fuhh! Boleh kata ada sikit itu 'culture shock!' lah. Pagi tadi pun dah dapat buku teks. Like finally! Alhamdulillah, haha. Pergh, memang brrr brrr brrr berat lah. Dahlah takde siapa-siapa yang offer nak tolong bawakkan en?

P/S: Do you notice that we talk less? On the internet and during school?
P/S/S: Tomorrow is 11/1/11. It's 'it' one year anniversary. I've plan something wicked. But I hope things turn out the way I hope.


Hari ni, birthday Aqmar yang ke-satu tahun. Betul ke tu? Eh, kena ingat tau : GAGAL BM, GAGAL SPM! Huu, tak sangka Benjamin Button kita dah 1 tahun kan. (Benjamin Button is the nickname that I gave him after a few days he was born.) So, semalam adalah record-record banyak video. Siap mintak satu dari Kak Hidayah lagi tu. Thank you kakak sebab join sekali :D Balik sekolah tadi, editor kita pun teruslah buat kerja sampai siap. Alhamdulillah, takdelah lama sangat masa yang diambil. Lepas tu, upload dekat Facebook. Video tu sebenarnya koleksi birthday wish dari kitorang yang dekat sini. Dan dari Nottingham. Entah apa-apa je yang kitorang buat. And that's why we never did a webshow. Hoho. Jadi, tak tahulah Kak Fau sefamily dah tengok ke belum. Apa pun, we hope kalian suka lah. Sorry sebab takdelah best mana. Maklumlah, first time. Tapi harap, bila Aqmar dah besar, Aqmar tengok balik, Aqmar akan tersenyum seperti mana kami semua tersenyum tatkala menghasilkan video itu ya. Nanti, kalau ada masa, kita buat dia punya bloopers pulak. Sebab ada banyak scene kelakar yang kena cut tapi kena share jugak. Hahaha.

Tulus ikhlas,
Fkz.

You're amazing. Enough said,

Sunday, January 2

Sekolah oh sekolah.

Kalau kita semua tengok kalendar hari ni lah kan, bulan besar-besar dah tulis Januari. Bukan Disember lagi dah. Tarikh pun dah bernombor 2. Jadi, budak-budak sekolah sekalian, faham-fahamlah ya. Besok dah nak mula sekolah balik dah. Puas cuti? Tak? Sama lah kita. *sob sob* Tambahan pulak, budak form 3 tahun lepas awal-awal lagi dah cuti en? Memang kiranya dah mula liatlah bila fikir balik pasal kelas, buku dan subjek baru.

Jadi this year, kita dah masuk form 4. Berapa bulan je lagi nak SPM.(Saja-saja tulis bulan sebab nak kasi kesedaran sikit. Sebab kalau sebut bulan macam lagi dekat je en compare to tahun?) Lepas tu college. Tak pun kene join PLKN dulu. Uish, dah tak lama dah. Tu lah sebab tadi dah listkan dah kita punya "New Year's Resolution" dekat dalam diary. Sorry, tak dapat nak share kat sini sebab, emm, malulah *tersipu-sipu*.

Okay, cuti dah habis. So malam ni, alarm clock, sila laporkan diri anda! Anda ada tugas pada pagi esok! Takutlah kalau terlajak besok. Mahu first day pulak tu. Lagak macam baru tahun lepas mula masuk sekolah pulak budak ni. Sigh. Oh, besok pun ada meeting dengan Cikgu Subhi pukul 11. Aiyah! First day pun sudah ada meeting ka? Apa nak buat an. Double sigh. Hmm, semua barang dah siap? Kita buat list eh.
  • Baju sekolah - Belum gosok lagi -_-
  • Kasut sekolah
  • Stationaries
  • Bag pack - Pakai tahun lepas punya cukup
  • Books - Tak beli apa-apa lagi pun -__-
  • Heart - I'm not prepared to go back to that wonderful place. Not yet -___-
HAH?! Dah lah malam ni last! Banyak benda tak ready lagi. Oh, and Afieqah, you need to be in bed by 11 or before. Remember! Tu je lah buat masa ni. Untuk murid-murid sekolah yang lain, Selamat Kembali ke Sekolah. Jangan ada yang mengada-ngada nak nangis pulak eh. Ingat pesan kak Afieqah. Eleh.
__________________________________________

Jangan pelik sangat kenapa tiba-tiba ada gambar baju Arsenal ni. Sebenarnya ada plan macam nak kirim dari kakak suruh belikan. Tapi tak tahu nak mintak belikan apa. Jadi bukaklah Emirates Official Store's official site. End up, tak tahu nak pilih antara dua ni pula -..- Hahaha. Nanti bila dah pilih, tengok-tengok tak jadi beli pulak kan? Haih.

You're amazing. Enough said,

Saturday, January 1

5, 4, 3, 2, 1!

Salam 2011 :D

Insya-Allah, tahun ini kita akan cuba buat banyak perubahan. Dari segi diri dan sahsiah, disiplin, akademik, akhlak, akidah, serta kokurikulum. Memang banyak benda yang perlu diubah. Mana boleh nak stay maintain je dalam hal-hal macam ni. Dan insya-Allah, tahun ini akan menjadi lebih baik daripada sebelum-sebelumnya. Doa-doakanlah ya.

2010, you by now are just another history.



Yesterday, was a history. Tomorrow is a mystery. And today is a gift. That's why it is called present.
-Master Oogway.


You're amazing. Enough said,

Friday, December 31

Last post of 2010,


Terlebih dahulu, mari kita flashback balik apa events yang telah berlaku sepanjang tahun ni.

Muhd. Aqmar Hamizan was born
Ini first nephew kita tapi anak buah yang kedua. Lahir pada bulan Januari di Singapura. Haha. I nicknamed him Benjamin Button *wink* He's Kak Fau's little bundle of joy.

PMR 2010
Peristiwa yang kasi effect dup dap dup dap dekat budak-budak form 3 seMalaya. 4 hari ++ kot hidup kitorang kurang tenang. Tapi bila pengawas kutip kertas jawapan & soalan KH, bukan main semua. Senyum tak boleh lebar lagi.

Penganugerahan Tali Pekeliling
Bukan main susah nak kena siapkan 7 buah buku log untuk dapatkan benda ni haih. Tapi best, sebab lencana berderet. Eleh, padahal baru 7 je. Dan mungkin akan kekal 7 sahaja.

Jejak Pandu Puteri / Friendship Trail
4 hari. 3 negeri. 2 ratus ringgit. 1 ratus ulang tahun penubuhan Pandu Puteri. Hehehe. Best kot jalan-jalan naik bas. Lepas tu main singgah-singgah pulak dekat Perak, Kedah and Perlis. Dan tak habis-habis makan. Nasib baik dengan orang-orang kehormat :D

Pn. Saamah bersara -Perlu sebenarnya en? Hahaha-
Ha'ah, macam perlu je eh? Tapi takpelah. Ada kenangan tersendiri jugak sebenarnya. Buat yang tertanya-tanya siapa itu Pn. Saamah, beliau merupakan bekas guru besar SMKS5WM. Oh almost terlupa, Aizat ada datang an, perform lagu 'Pergi' live.

Dubai holiday trip!
Kenangan ni baru je terukir di hati. Awal bulan Disember ni. Kan kita ada tulis post pasal ni kan jadi, tak payahlah nak cerita panjang-panjang sangat.

Majlis Anugerah Cemerlang
Hahaha. Dapat hadiah lagi tahun ni ya. Alhamdulillah. Baguslah, kiranya maintain lah tiap-tiap tahun dapat anugerah ni. Dari darjah satu sampai form 2. Oh lagi satu, lagi satu! Si kening tebal pun ada. Bukan main jerit bila jumpa Fadzila lepas tu.

Jamuan Akhir Tahun PRS Golden Moonlight Gala
Haha. Teringat sebelum pergi jamuan ni sibuk make up make up dekat rumah Amira dulu. Thumbs up ah mak andam kita ni make up sampai Azfar pun terkejut tengok Afieqah an. Malam tu pun boleh tahan indahnya :) Tapi yang pertandingan Amazing Race dua hari sebelum, mahu kasi orang sakit kepala jugak oh. Mana taknya, AJK yang seorang ni sangat berdedikasi :P

Perjumpaan Keluarga Ali-Aishah
Waktu second day raya kan? Haha. Memang best bila semua orang berkumpul sekali dalam satu acara rasmi. Next time kita buat lagi eh? Jangan lupa sumbang duit!

Sleepover dekat rumah Amira
Oh, lepas balik dari jamuan tu, kitorang balik rumah Amira. Kita, Areena dengan Umai. Mulalah Afieqah hyper semacam sampai ada yang terkejut, hehe. Tapi kan, besok paginya bila bangun, menggigil-gigil jadinya. Mak datin kita tu pasang aircond dengan kipas sekali. Dah lah kita tidur dekat tempat yang paling strategik dalam bilik tu.

Main basketball first time dengan Izyan
Izyan, akhirnya dapat jugak kan main basketball dengan Izyan. Dari awal tahun plan en? Hehehe. Tapi malam tu sakit kaki pula T.T

Buat tembikar dekat Jalan Conlay
Haaah, hari yang kita takkan lupakan sampai bila-bila. Thanks Fadzila, Izyan, Fatin, Umai, Haziq an Hanif. Hahaha.

Aktiviti-aktiviti lepas PMR
Rasanya melepak je lebih kan. Tak melepak main kad UNO. Sampai nak termuntah main sebab takde game lain. And hari yang kita semua join pertandingan-pertandingan aktiviti sains tu, korang ingat tak? Best kan.

Permit Pekhemahan
No comment sangat. It was among my frightful nightmare. Tapi yang dekat Tasik Titiwangsa tu agak best.

Amik UKKM dekat MRSM Muar
Ujian Kecenderungan Kemasukan Mara. Ya Allah, mahu meletup otak ni jawab soalan Matematik dia. Tapi terharu sebab ayah dengan ibu sudi hantar kita sampai ke Muar untuk amik ujian ni je. Lepas tu kita pekena ikan bakar an? Memang umph!

Bought Pinnochio
Sehari lepas PMR, terus tunaikan hajat kita yang satu tu. Okaylah, guitar murah je kan. Takpe, sebab kita pun baru beginner jadi takdelah membazir kalau jarang main.

Hari terima keputusan PMR
Ni sangat baru. Tarikh keramat semua budak form 3. Kalau waktu nak amik ujian PMR hati dup dap dup dap kan? Tapi bila nak amik keputusan dia, bukan dup dap lagi. Tapi dup dup dup dup teeeeeeeeeet. Aish, takdelah. Tapi memang laju sangat jantung tu. Tangan, dahi, semua berpeluh. Tapi Alhamdulillah, semua okey!

Comic Fiesta '10
Terima kasih banyak-banyak Amira Najwa sebab sudi teman. Tapi sayang sebab Amira dekat Europe jadi dia tak dapat nak ber-cosplay tahun ni. Takpelah, dia punya turn pula nak pergi Europe kan? Next year nanti dia revenge balik dengan Kaito.

Youth Fest '10
I can't really remember what happened on that particular event. All that's still fresh in my mind is the memory of watching a very cute boy playing foosball XD

AFF Suzuki Cup 2010 final
Benda ni yang paling baru berlaku. 29 haribulan yang lepas. No need to say much since everyone already knew about it. But again, tahniah Harimau Malaya. Malaysia Boleh! Malaysia Boleh!

Rayyann balik UK
Ini anak buah kita yang lagi sorang ni, awal tahun dulu dia kena tinggal dekat KL sebab visa dia tak approve. Jadi, parents dia terpaksalah balik UK dulu sebab 'sekolah' dah nak bukak. Lamalah jugak dia kat sini. Bila dia dah balik, semua rindu dia. Thanks to Skype, we're much closer.

Outing dengan Izyan dan Jai
First time outing dengan Izyan, second time outing dengan Jai. Kitorang pergi main bowling. Memang pelik bila sorang-sorang bola bowling jatuh, except Jai. Sigh. Mahu terguling-guling atas lantai jugak sebab tengok bola bowling tu jatuh GEDEBUK! Sampai macam tu sekali you.

Wedding Kak Anida
Memanglah kami ni cuma kawan adiknya sahaja. Bukannya tetamu kehormat. Tapi terima kasih kerana sudi menjemput kami. Antara hari terindah. Wah! Bayangkanlah ni baru wedding kakak Amira. Belum adiknya lagi. Kalau Amira punya weddinglah kan, mesti lagi indah eh? Hahaha. Mulalah tu impian lagi sepuluh tahun. And hari tu jugaklah first time tengok bakat Amira, bakal Mak Andam kita. Tengok, sampai sekarang mesti tersenyum bila teringat balik hari tu.

Hari Raya Aidilfitri
Raya tahun ni memang best sebab kami Kaz Family beraya di Johor. Missing in action : Family Kak Hidayah. Takpelah kak, next year kitorang beraya kat Nottingham pula ok.

Semua peristiwa-peristiwa yang menggamit memori ni, kita tulis tak ikut urutan. Randomly assigned. Asal mana yang pop out kat dalam kepala, terus kita tulis. Harap korang tak salah faham ya. Semua yang kita tulis kat atas ni, ada banyak kenangan dia. And ada kasi effect or impact dalam hidup kita. Eh, takpekan korang kalau kadang-kadang kita membahasakan diri kita ni kita. Jadi bila korang baca tu, faham-fahamlah bila kita cakap tulis kita, kita tengah maksudkan diri sendiri ok. Hmm, nampaknya ni lah entry kita yang terakhir untuk tahun 2010. Bila post next entry, tarikh yang tercatat cuma ada nombor 11 je, takde lagi 10. Blog Archive pun nanti akan bertambah lagi satu point. Redha no Afieqah. Oh, berbalik kepada post ini, kita tak sempat nak share gambar sebab nak kena pilih-pilih dulu mengikut kesesuaian. Jadi untuk post lain lah gamaknya ak.
Dear 2010,
Thanks for all the memories that you have engrave into my life. In turning fifteen, I learnt so many things that I never knew before. And I learnt many things that I should have known before. About life, friendship, love, appreciating and never stop believing. Thank you Allah for giving me this chance to live throughout the year. And thank you for giving me health so I can live life and breath. Everyone has finally reach the end of the road of 2010. Including me. The road that has no turning back. This has been such a rough year for me. But mistakes are the best life teacher.

Dear 2011,
I hope you're better. I hope I'm better. I hope Allah will always open my heart and never stop giving me hidayah. I hope he won't close my heart and let me lost my way. Away from Islam. Nauzubillahiminzali. 2011, you're the next stop after 2011. My another beginning. I'm turning sixteen next September. And only Allah knew what I'll be facing. May I have the strength. Insya-Allah, things will be better. Insya-Allah. 2011, I hope you won't turn into a nightmare. Left me behind the dark shadow. Ready or not, I have to face you. So, bring it on. I will try my best not to repeat the same old stupid mistake.




You're amazing. Enough said,

Thursday, December 30

Harimau Malaya II

Tweet tweet di bawah ini semuanya berkaitan dengan match semalam. Kita tak follow ramai sangat artis Malaysia jadi yang nampak dekat wall cuma Yuna je lah. Semangat betul dia sokong Malaysia. Thumbs up Yunalis Zarai! Kawan-kawan yang lain pun boleh tahan jugak. Macam Seperti Ahad lepas, memang riuh betullah wall. Sama je Facebook dengan Twitter. 99.9% kot pasal bola. Tapi tweet kali ni lebih sikit dari hari tu. I think. Apa pun, tweet tweet bermula dari sebelum perlawanan sehinggalah tamat. Itu pun diorang tak habis-habis mengulas lagi. Bukan mengulas bawang merah tak henti-henti seperti Cik Amira kita ya. Diorang tak habis-habis cakap pasal hero kita malam tu. Siapakah hero yang dimaksudkan? Adalah *wink*

Tweets bukti orang tak sabar-sabar nak tengok AFF final :D


Ini pula bila game dah start. Nasib baik Twitter tak keluar suara. Mahu bergegar jugak rumah agaknya.

Okay, tweets dari disneywords macam kena pula dengan 'situasi' kita. Nak lawan bola en?


Tengok, macam-macam tweets yang keluar. Pasal cameraman pun ada. Memang tak dapat deny pun yang cameraman agak gatal.

Kan dah cakap, cameraman gatal! Asyik zoom perempuan je. Ibu cakap, cameraman sebenarnya tengah nak cari Jupe. Hahahaha.

Yang ni pula, ada yang tergoda dengan Irfan. Hehe. Muka memang boleh tahan tapi sayang tangan penuh tatu.


Sorry, kalau kecik sangat tulisannya. Pandai-pandailah besarkannya. Korang semuakan genius :)

#ilovemalaysia & #malaysiaboleh (Penambah semangat)

Ada juga tweets Amira Najwa yang sesat -.- Tak berkaitan dengan topik kita.


And heck yeah WE SCORE!

Ni ada lagi tweet pasal Irfan ni XD


Yang ada tulis Shoot! panjang-panjang tu, waktu Indonesia baru lepas menjaringkan gol pertama diorang.



And the drama continues . . .

Indonesia score lagi satu goal.

And that's it. 90++ minutes of drama, aggressiveness etc. Trust me, I hold my breath most of the time.

Tahniah Malaysia! Tahniah!







Banyakkan? Banyakkan tweets yang kita share? Ye lah, dok screenshot tak habis-habis :P Tak berniat untuk sengaja memanjang-manjangkan post ni pun. Ya ke ni? *shrugs*

Yang ni semua bila diorang dah mula merepek-repek -..-

Bukti. We made it to the Trending Topics. 'Khairul Fahmi' and 'Congratulations Malaysia'

Awal-awal tadi ada cakap pasal hero kita pada malam semalam kan? Siapa lagi kalau bukan Khairul Fahmi. Yang berbaju jersey nombor 22 warna merah tu. Memang tangkaslah dia tangkap bola semalam. Ramai yang cakap pasal dia. Semua tabik dengan kehebatan dia. Betul. Sebab semalam banyak kali Indonesia cuba jaringkan goal tapi keeper ni lah yang asyik tangkap bola tu. Sampai terbaring-baring semua. Kesian jugak tengok sebab dia nampak macam penat pun ada. Mana taknya, Indon asyik menggasak je! Tapi bila nampak nama dia dekat Trending Topics, memang gua respect sama dia! Sempat lagi cakap semalam, ni kalau ada makcik makcik yang tengok bola malam ni mesti ada yang sibuk dan bermenantukan si Khairul Fahmi ni. Haha. But here's a fact. He's no single. Bagitahu sikit siapa yang sedih bila tahu pasal ni huh? Hahaha. Apa pun, tahniah Harimau Malaya atas kejayaan semalam. First time menang kot, hebat ah! Semua pemain muda-muda pula tu :D
_______________________________________________________


Click this photo so you will be directed to the official AFF site!
_______________________________________________________

Thursday December 30, 2010

Malaysia clinches victory at the Gelora Bung Karno Stadium

JAKARTA: It was a sea of red and white at the Gelora Bung Karno Stadium last night.

Never had there been such an overwhelming show of support for “Timnas” (national team) Indonesia even though they had lost 0-3 to Malaysia in the first leg of the Suzuki Cup Asean Football Federation (AFF) Champion­ships final at the National Stadium in Bukit Jalil on Sunday.

It was a sellout crowd of 95,000 spectators, mostly red-hot hostile fans.

Some 10,000 policemen were deployed to check security inside and outside the Bung Karno Stadium.


We are the champions: The Malaysian team celebrating with their trophy after winning the AFF Suzuki Cup 2010 final at the Gelora Bung Karno stadium in Jakarta Wednesday night. — GLENN GUAN/The Star

Armoured vehicles were near the pitch, showing that the police were ready for any eventualities.

There was a real Cup final atmosphere with fans clad in the Indonesian national colours, fancy head gears and colourful banners.

Uruguayan-born striker Christian Gonzales, Indo-Dutch Irfan Bacdim and local hero Bambang Pamungkas were crowd favourites.

Some had messages to inspire and fire up the “Garuda”, the nickname for the Indonesian national team.

Fiery atmosphere: Police trucks entering the Gelora Bung Karno stadium before the start of the match in Jakarta Wednesday.

They read: “Garuda Di Dada Ku, TIMNAS Kebanggaanku”, “Ayo Bambang, Kamu Pasti Bisa” and “Bangun Sepakbola Indonesia Menuju Prestasi”.

The stadium was filled to the brim two hours before the kick-off. They were entertained to a live band performance by celebrities and artistes, making the atmosphere carnival-like.

National coach K. Rajagopal, manager Datuk Subahan Kamal, assistant secretary of the FA of Malaysia (FAM) Kelly Sathiraj and assistant coach Tan Cheng Hoe were given a hostile reception when they walked onto the pitch to check on the playing conditions.

The fans showed the thumbs down sign and jeered at them before their Indonesian counterparts led by Austrian coach Alfred Riedl trooped in to a rousing welcome.

It was the same when the national anthem was played. The Indonesian fans showed their ugly side, jeering and gesturing at the Malaysians when the Negaraku was played.

(Source: The Star Online)

You're amazing. Enough said,

Wednesday, December 29

28th Dec 2010 : Randomness

She's a real beaut right? You should see the front cover! Candy Avenue :D

Abang wearing my Totoro hat -that I bought during CF- like Sudin in Seniman Bujang Lapuk. "H-h-h-hey Hang Jebat!"

And this is me, wearing my Totoro hat while holding Miles To Go -currently reading it-

This is my darling Pinocchio in case you still hasn't know.

Abang's Arsenal armband. Jealous much? Yes!


Tengoklah apa yang terjadi,
Pabila photographer tak bergaji,
Mengambil gambar ikut suka hati,
Tapi janganlah jealous-i,
Bila gambar yang diambil sangat berseni.

Oh yeah, you like that? I'm going all poetry etcetera. Seriously, it is my passion. Poems and literature :) Kejap, nak tukar blog ni jadi blog manglish. (Ayat ini memang takde motif sangat) Okay, tak tahu kenapa tapi takdelah susah sangat untuk kita buat sesuatu ayat itu ber-rima akhir a-a-a-a atau a-b-a-b. Kita masukkan KOMSAS sikit ok? Itu sebab kalau nak buat pantun dua rangkap secara spontan pun boleh. Macam Jarjit Singh gitu lagaknya. Dua tiga, dua tiga . . . Tapi kalau empat rangkap tu, kasi saya sikit masa lebihlah ya. Hahaha. Jadi, itulah antara kelebihan saya :P

Back to anywhere but not literature kelas sastera! Gambar-gambar di atas ini diambil secara suka-suki. Memang takde motif yang hmm, memang takde motiflah. (Nak cover sebab tak dapat fikir perkataan lah tu -..-) Lagipun apalah salahnya kan? Dah beli camera mahal-mahal (ya ke? ya kot. lebih dari RM5 kira mahallah tu.) takkan nak buat kumpul habuk je kan? Gunalah. Snap sana, snap sini. Dah amik gambar lepas tu deletelah kalau agak-agak buat menyemak je. Macam kes kita ni, kita bukannya boleh sangat kalau nak amik sesuatu gambar tu sekeping je. At least kena ada tiga yang lebih kurang identical.

Kembali menyentuh hal mengenai gambar di atas, kebanyakkannya diambil oleh abang. Gambar orang yang dekat bawah sekali tu lah abang kita. Tak tahu kenapa tapi malam semalam saja-saja je kitorang empat beranak lepak-lepak kat bilik kak nad. I mean our room. We share it together ait? And by four of us I mean Kak Nad, me, Abang Kaz and ibu. You might be wondering where's ayah. Nope, he's not finishing his assignments in the living room. He's next door. Snoring as loudly manly as usual. Dan mulalah kami berempat bercheritera. Hahaha. Topik pun asal boleh je.

Dalam banyak-banyak topik yang kitorang bercerita, topik kahwin yang paling best. Macam mana topik ni boleh keluar? Shhh, adalah sebabnya *wink* Hahahaha. Takdelah, memang lately kita suka mengusik kakak kita suruh kahwin. Ya ke sebab tu? Ya lah kot. Jalan je lah. Tapi bab mengusik tu memang betul ok? Sekali keluarlah pasal hantaran semua. Yang kelakar bila dengar abang punya cerita. Tak habis-habis dengan McDonald. Haih abangku. Sigh.

Dia kata, bila dia punya wedding reception, dia kasi semua orang Happy Meal je. Jadi senang, makanan dengan bunga telur (mainan-mainan tu lah apa lagi) dah masuk sekali terus dalam kotak merah yang sungguh menceriakan itu. Mana tak tergelak jadinya. Dia pun cakap, nanti atas dulang hantaran, dia nak letak burger McDonald je. Ibu kata, oh satu dulang satu jenis burger eh. (Ke abang jugak yang cakap benda tu eh?) Ada McChicken, Filet-O-Fish etc. Kita pun menyampuk. "Ha'ah, lepas tu semua burger tu pulak beli waktu pukul 12. tengah hari" Sekali lagi, terdengar hamburan ketawa kami yang tidak begitu harmoni :P

Itulah corat-coret saya pada kali ini. Tak tahu kenapa semangat sangat pula bercerita pasal entry ni. Sorry ya kalau bahasa tak sedap sangat. Al-maklumlah, ayat tunggang-terbalik, lagi!

You're amazing. Enough said,