Pages

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, January 10

10/01/11

Ahhh, sudah siap nota biologi. Haih -.-'

Baru perasan yang kita belum ada mood nak belajar lagi. Padahal dah masuk second week dah seh. Rasanya next week ok sikitlah kot. Ni lah yang jadi bila mula melangkah masuk ke alam form 4. Dengan pening kepalanya, dengan menunggu-nunggunya, dengan sedih hatinya, dengan curiousity yang menggunungnya. Banyak lagi lah.

Oh, and tak tahu kenapa tapi macam takut-takut sikit seh dengan cikgu-cikgu semua. Agaknya sebab baru lagi kot. Fuhh! Boleh kata ada sikit itu 'culture shock!' lah. Pagi tadi pun dah dapat buku teks. Like finally! Alhamdulillah, haha. Pergh, memang brrr brrr brrr berat lah. Dahlah takde siapa-siapa yang offer nak tolong bawakkan en?

P/S: Do you notice that we talk less? On the internet and during school?
P/S/S: Tomorrow is 11/1/11. It's 'it' one year anniversary. I've plan something wicked. But I hope things turn out the way I hope.


Hari ni, birthday Aqmar yang ke-satu tahun. Betul ke tu? Eh, kena ingat tau : GAGAL BM, GAGAL SPM! Huu, tak sangka Benjamin Button kita dah 1 tahun kan. (Benjamin Button is the nickname that I gave him after a few days he was born.) So, semalam adalah record-record banyak video. Siap mintak satu dari Kak Hidayah lagi tu. Thank you kakak sebab join sekali :D Balik sekolah tadi, editor kita pun teruslah buat kerja sampai siap. Alhamdulillah, takdelah lama sangat masa yang diambil. Lepas tu, upload dekat Facebook. Video tu sebenarnya koleksi birthday wish dari kitorang yang dekat sini. Dan dari Nottingham. Entah apa-apa je yang kitorang buat. And that's why we never did a webshow. Hoho. Jadi, tak tahulah Kak Fau sefamily dah tengok ke belum. Apa pun, we hope kalian suka lah. Sorry sebab takdelah best mana. Maklumlah, first time. Tapi harap, bila Aqmar dah besar, Aqmar tengok balik, Aqmar akan tersenyum seperti mana kami semua tersenyum tatkala menghasilkan video itu ya. Nanti, kalau ada masa, kita buat dia punya bloopers pulak. Sebab ada banyak scene kelakar yang kena cut tapi kena share jugak. Hahaha.

Tulus ikhlas,
Fkz.

You're amazing. Enough said,

Tuesday, January 4

Bukan Cinderella

Hari kedua *silence* Tiba-tiba terlupa nak tulis pasal apa. Haih. Takpe takpe. Sementara nak ingat balik apa yang telah berlaku sepanjang hari ni, hamba adalah satu cerita yang nak hamba ceritakan ini. Bukan cerita apa sangat pun. Cuma tiba-tiba teringat dulu ibu ada minat sangat satu sinetron ni. Rasanya, tu je lah kot tv show yang ibu betul-betul follow. Ye lah, ibu ni bukannya jenis yang layan sangat kotak bentuk empat segi berwarna silver dan bercahaya malahan berbunyi tu. Tajuk dia, Bukan Cinderella. Mesti ada yang tahu kan. Tapi maybe jugak ada yang tak tahu. Sebab cerita tu taklah se-famous Bawang Merah dan Bawang Putih an. Berapa episode je pulak tu. Okay, apa pun dari cerita tu lah jugak ibu jatuh hati dengan Sahrul Gunawan. Hahaha. Tak kenal? Tanya Pak Cik Google. Sampai sekarang minat lagi. Sampai jealous ayah dibuatnya. Sebab ayah dulu pernah cakap "Ya lah, kalau dah suka tu, semuanya nampak baik aja." Itu bunyinya jealous kan tu? Hehe.

Dari cerita tu jugak ada beberapa lagu ni yang ibu pernah buat ringtone. Dan bila di-search dekat YouTube, cuma jumpa satu ni je. Video memang boring sebab rasanya yang best-best semua dah kena buang :( Sorry sebab dapat sharing maring yang ni je. Kira okay lah jugakkan?



Aiyah, masih tidak dapat ingat lagi leh. Alah cik fieqah, cakap je lah tengah malas nak fikir balik. Hehe. Inilah hasilnya, post yang agak boring. Rasanya semua lebih kurang tak. Aiyoh, I have no talent T.T

You're amazing. Enough said,

Friday, December 31

Last post of 2010,


Terlebih dahulu, mari kita flashback balik apa events yang telah berlaku sepanjang tahun ni.

Muhd. Aqmar Hamizan was born
Ini first nephew kita tapi anak buah yang kedua. Lahir pada bulan Januari di Singapura. Haha. I nicknamed him Benjamin Button *wink* He's Kak Fau's little bundle of joy.

PMR 2010
Peristiwa yang kasi effect dup dap dup dap dekat budak-budak form 3 seMalaya. 4 hari ++ kot hidup kitorang kurang tenang. Tapi bila pengawas kutip kertas jawapan & soalan KH, bukan main semua. Senyum tak boleh lebar lagi.

Penganugerahan Tali Pekeliling
Bukan main susah nak kena siapkan 7 buah buku log untuk dapatkan benda ni haih. Tapi best, sebab lencana berderet. Eleh, padahal baru 7 je. Dan mungkin akan kekal 7 sahaja.

Jejak Pandu Puteri / Friendship Trail
4 hari. 3 negeri. 2 ratus ringgit. 1 ratus ulang tahun penubuhan Pandu Puteri. Hehehe. Best kot jalan-jalan naik bas. Lepas tu main singgah-singgah pulak dekat Perak, Kedah and Perlis. Dan tak habis-habis makan. Nasib baik dengan orang-orang kehormat :D

Pn. Saamah bersara -Perlu sebenarnya en? Hahaha-
Ha'ah, macam perlu je eh? Tapi takpelah. Ada kenangan tersendiri jugak sebenarnya. Buat yang tertanya-tanya siapa itu Pn. Saamah, beliau merupakan bekas guru besar SMKS5WM. Oh almost terlupa, Aizat ada datang an, perform lagu 'Pergi' live.

Dubai holiday trip!
Kenangan ni baru je terukir di hati. Awal bulan Disember ni. Kan kita ada tulis post pasal ni kan jadi, tak payahlah nak cerita panjang-panjang sangat.

Majlis Anugerah Cemerlang
Hahaha. Dapat hadiah lagi tahun ni ya. Alhamdulillah. Baguslah, kiranya maintain lah tiap-tiap tahun dapat anugerah ni. Dari darjah satu sampai form 2. Oh lagi satu, lagi satu! Si kening tebal pun ada. Bukan main jerit bila jumpa Fadzila lepas tu.

Jamuan Akhir Tahun PRS Golden Moonlight Gala
Haha. Teringat sebelum pergi jamuan ni sibuk make up make up dekat rumah Amira dulu. Thumbs up ah mak andam kita ni make up sampai Azfar pun terkejut tengok Afieqah an. Malam tu pun boleh tahan indahnya :) Tapi yang pertandingan Amazing Race dua hari sebelum, mahu kasi orang sakit kepala jugak oh. Mana taknya, AJK yang seorang ni sangat berdedikasi :P

Perjumpaan Keluarga Ali-Aishah
Waktu second day raya kan? Haha. Memang best bila semua orang berkumpul sekali dalam satu acara rasmi. Next time kita buat lagi eh? Jangan lupa sumbang duit!

Sleepover dekat rumah Amira
Oh, lepas balik dari jamuan tu, kitorang balik rumah Amira. Kita, Areena dengan Umai. Mulalah Afieqah hyper semacam sampai ada yang terkejut, hehe. Tapi kan, besok paginya bila bangun, menggigil-gigil jadinya. Mak datin kita tu pasang aircond dengan kipas sekali. Dah lah kita tidur dekat tempat yang paling strategik dalam bilik tu.

Main basketball first time dengan Izyan
Izyan, akhirnya dapat jugak kan main basketball dengan Izyan. Dari awal tahun plan en? Hehehe. Tapi malam tu sakit kaki pula T.T

Buat tembikar dekat Jalan Conlay
Haaah, hari yang kita takkan lupakan sampai bila-bila. Thanks Fadzila, Izyan, Fatin, Umai, Haziq an Hanif. Hahaha.

Aktiviti-aktiviti lepas PMR
Rasanya melepak je lebih kan. Tak melepak main kad UNO. Sampai nak termuntah main sebab takde game lain. And hari yang kita semua join pertandingan-pertandingan aktiviti sains tu, korang ingat tak? Best kan.

Permit Pekhemahan
No comment sangat. It was among my frightful nightmare. Tapi yang dekat Tasik Titiwangsa tu agak best.

Amik UKKM dekat MRSM Muar
Ujian Kecenderungan Kemasukan Mara. Ya Allah, mahu meletup otak ni jawab soalan Matematik dia. Tapi terharu sebab ayah dengan ibu sudi hantar kita sampai ke Muar untuk amik ujian ni je. Lepas tu kita pekena ikan bakar an? Memang umph!

Bought Pinnochio
Sehari lepas PMR, terus tunaikan hajat kita yang satu tu. Okaylah, guitar murah je kan. Takpe, sebab kita pun baru beginner jadi takdelah membazir kalau jarang main.

Hari terima keputusan PMR
Ni sangat baru. Tarikh keramat semua budak form 3. Kalau waktu nak amik ujian PMR hati dup dap dup dap kan? Tapi bila nak amik keputusan dia, bukan dup dap lagi. Tapi dup dup dup dup teeeeeeeeeet. Aish, takdelah. Tapi memang laju sangat jantung tu. Tangan, dahi, semua berpeluh. Tapi Alhamdulillah, semua okey!

Comic Fiesta '10
Terima kasih banyak-banyak Amira Najwa sebab sudi teman. Tapi sayang sebab Amira dekat Europe jadi dia tak dapat nak ber-cosplay tahun ni. Takpelah, dia punya turn pula nak pergi Europe kan? Next year nanti dia revenge balik dengan Kaito.

Youth Fest '10
I can't really remember what happened on that particular event. All that's still fresh in my mind is the memory of watching a very cute boy playing foosball XD

AFF Suzuki Cup 2010 final
Benda ni yang paling baru berlaku. 29 haribulan yang lepas. No need to say much since everyone already knew about it. But again, tahniah Harimau Malaya. Malaysia Boleh! Malaysia Boleh!

Rayyann balik UK
Ini anak buah kita yang lagi sorang ni, awal tahun dulu dia kena tinggal dekat KL sebab visa dia tak approve. Jadi, parents dia terpaksalah balik UK dulu sebab 'sekolah' dah nak bukak. Lamalah jugak dia kat sini. Bila dia dah balik, semua rindu dia. Thanks to Skype, we're much closer.

Outing dengan Izyan dan Jai
First time outing dengan Izyan, second time outing dengan Jai. Kitorang pergi main bowling. Memang pelik bila sorang-sorang bola bowling jatuh, except Jai. Sigh. Mahu terguling-guling atas lantai jugak sebab tengok bola bowling tu jatuh GEDEBUK! Sampai macam tu sekali you.

Wedding Kak Anida
Memanglah kami ni cuma kawan adiknya sahaja. Bukannya tetamu kehormat. Tapi terima kasih kerana sudi menjemput kami. Antara hari terindah. Wah! Bayangkanlah ni baru wedding kakak Amira. Belum adiknya lagi. Kalau Amira punya weddinglah kan, mesti lagi indah eh? Hahaha. Mulalah tu impian lagi sepuluh tahun. And hari tu jugaklah first time tengok bakat Amira, bakal Mak Andam kita. Tengok, sampai sekarang mesti tersenyum bila teringat balik hari tu.

Hari Raya Aidilfitri
Raya tahun ni memang best sebab kami Kaz Family beraya di Johor. Missing in action : Family Kak Hidayah. Takpelah kak, next year kitorang beraya kat Nottingham pula ok.

Semua peristiwa-peristiwa yang menggamit memori ni, kita tulis tak ikut urutan. Randomly assigned. Asal mana yang pop out kat dalam kepala, terus kita tulis. Harap korang tak salah faham ya. Semua yang kita tulis kat atas ni, ada banyak kenangan dia. And ada kasi effect or impact dalam hidup kita. Eh, takpekan korang kalau kadang-kadang kita membahasakan diri kita ni kita. Jadi bila korang baca tu, faham-fahamlah bila kita cakap tulis kita, kita tengah maksudkan diri sendiri ok. Hmm, nampaknya ni lah entry kita yang terakhir untuk tahun 2010. Bila post next entry, tarikh yang tercatat cuma ada nombor 11 je, takde lagi 10. Blog Archive pun nanti akan bertambah lagi satu point. Redha no Afieqah. Oh, berbalik kepada post ini, kita tak sempat nak share gambar sebab nak kena pilih-pilih dulu mengikut kesesuaian. Jadi untuk post lain lah gamaknya ak.
Dear 2010,
Thanks for all the memories that you have engrave into my life. In turning fifteen, I learnt so many things that I never knew before. And I learnt many things that I should have known before. About life, friendship, love, appreciating and never stop believing. Thank you Allah for giving me this chance to live throughout the year. And thank you for giving me health so I can live life and breath. Everyone has finally reach the end of the road of 2010. Including me. The road that has no turning back. This has been such a rough year for me. But mistakes are the best life teacher.

Dear 2011,
I hope you're better. I hope I'm better. I hope Allah will always open my heart and never stop giving me hidayah. I hope he won't close my heart and let me lost my way. Away from Islam. Nauzubillahiminzali. 2011, you're the next stop after 2011. My another beginning. I'm turning sixteen next September. And only Allah knew what I'll be facing. May I have the strength. Insya-Allah, things will be better. Insya-Allah. 2011, I hope you won't turn into a nightmare. Left me behind the dark shadow. Ready or not, I have to face you. So, bring it on. I will try my best not to repeat the same old stupid mistake.




You're amazing. Enough said,

Wednesday, December 29

28th Dec 2010 : Randomness

She's a real beaut right? You should see the front cover! Candy Avenue :D

Abang wearing my Totoro hat -that I bought during CF- like Sudin in Seniman Bujang Lapuk. "H-h-h-hey Hang Jebat!"

And this is me, wearing my Totoro hat while holding Miles To Go -currently reading it-

This is my darling Pinocchio in case you still hasn't know.

Abang's Arsenal armband. Jealous much? Yes!


Tengoklah apa yang terjadi,
Pabila photographer tak bergaji,
Mengambil gambar ikut suka hati,
Tapi janganlah jealous-i,
Bila gambar yang diambil sangat berseni.

Oh yeah, you like that? I'm going all poetry etcetera. Seriously, it is my passion. Poems and literature :) Kejap, nak tukar blog ni jadi blog manglish. (Ayat ini memang takde motif sangat) Okay, tak tahu kenapa tapi takdelah susah sangat untuk kita buat sesuatu ayat itu ber-rima akhir a-a-a-a atau a-b-a-b. Kita masukkan KOMSAS sikit ok? Itu sebab kalau nak buat pantun dua rangkap secara spontan pun boleh. Macam Jarjit Singh gitu lagaknya. Dua tiga, dua tiga . . . Tapi kalau empat rangkap tu, kasi saya sikit masa lebihlah ya. Hahaha. Jadi, itulah antara kelebihan saya :P

Back to anywhere but not literature kelas sastera! Gambar-gambar di atas ini diambil secara suka-suki. Memang takde motif yang hmm, memang takde motiflah. (Nak cover sebab tak dapat fikir perkataan lah tu -..-) Lagipun apalah salahnya kan? Dah beli camera mahal-mahal (ya ke? ya kot. lebih dari RM5 kira mahallah tu.) takkan nak buat kumpul habuk je kan? Gunalah. Snap sana, snap sini. Dah amik gambar lepas tu deletelah kalau agak-agak buat menyemak je. Macam kes kita ni, kita bukannya boleh sangat kalau nak amik sesuatu gambar tu sekeping je. At least kena ada tiga yang lebih kurang identical.

Kembali menyentuh hal mengenai gambar di atas, kebanyakkannya diambil oleh abang. Gambar orang yang dekat bawah sekali tu lah abang kita. Tak tahu kenapa tapi malam semalam saja-saja je kitorang empat beranak lepak-lepak kat bilik kak nad. I mean our room. We share it together ait? And by four of us I mean Kak Nad, me, Abang Kaz and ibu. You might be wondering where's ayah. Nope, he's not finishing his assignments in the living room. He's next door. Snoring as loudly manly as usual. Dan mulalah kami berempat bercheritera. Hahaha. Topik pun asal boleh je.

Dalam banyak-banyak topik yang kitorang bercerita, topik kahwin yang paling best. Macam mana topik ni boleh keluar? Shhh, adalah sebabnya *wink* Hahahaha. Takdelah, memang lately kita suka mengusik kakak kita suruh kahwin. Ya ke sebab tu? Ya lah kot. Jalan je lah. Tapi bab mengusik tu memang betul ok? Sekali keluarlah pasal hantaran semua. Yang kelakar bila dengar abang punya cerita. Tak habis-habis dengan McDonald. Haih abangku. Sigh.

Dia kata, bila dia punya wedding reception, dia kasi semua orang Happy Meal je. Jadi senang, makanan dengan bunga telur (mainan-mainan tu lah apa lagi) dah masuk sekali terus dalam kotak merah yang sungguh menceriakan itu. Mana tak tergelak jadinya. Dia pun cakap, nanti atas dulang hantaran, dia nak letak burger McDonald je. Ibu kata, oh satu dulang satu jenis burger eh. (Ke abang jugak yang cakap benda tu eh?) Ada McChicken, Filet-O-Fish etc. Kita pun menyampuk. "Ha'ah, lepas tu semua burger tu pulak beli waktu pukul 12. tengah hari" Sekali lagi, terdengar hamburan ketawa kami yang tidak begitu harmoni :P

Itulah corat-coret saya pada kali ini. Tak tahu kenapa semangat sangat pula bercerita pasal entry ni. Sorry ya kalau bahasa tak sedap sangat. Al-maklumlah, ayat tunggang-terbalik, lagi!

You're amazing. Enough said,