Pages

Saturday, January 8

10% daripada markah kokurikulum.

Semalam ada pendaftaran untuk aktiviti kokurikulum. Macam entah pape je. Berebut-rebut semua kan. Haih. So end up, kita masuk
  1. Sukan/Permainan : Bola Tampar.
  2. Badan Unit Beruniform : Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
  3. Persatuan/Kelab : Bahasa Melayu dan Kebudayaan.
Salah satu daripada di atas ni, kita daftar sebab terpaksa. Sebab yang lain dah penuh. Dah lah last choice pula tu. Huhu. Yang satu tu pulak, memang takde pilihan -juga- sebab dah memang ahli sejak form 1. Yang lagi satu tu, sebab minat. Macam tahun lepas, orang kedua yang mendaftar :D Takut sangat tak dapat masuk. Hahaha. Honestly, tak puas hati sangatlah dengan tahun ni punya tu. (Ikut stail ibu. Pakai 'itu', 'anu' je.Kitorang bukan perv okay. Siapa yang fikir lain tu lah) Tapi tak mahulah cerita kat sini. Baik simpan dalam hati je.

Waktu rehat pula, kita rehat kat kantin. Takde lagi rehat dekat depan koperasi. Tergelak-gelak kita, macam biasa. Entah apa-apa je yang diorang cakap. Dan seperti biasa, kita bertugas sebagai DBKL. Tang mana makanan tak habis, semua sudah jeling-jeling dekat kita. Nasib baik kita faham. Tapi entah, kita mesti akan gelak dulu. Tak tahu part mana yang kelakar sangat -.-' Ye lah, tak baik membazir kan.

Sebelum balik pulak, ada mesyuarat agung rumah sukan. Mesyuarat agung tu. During the meeting, I came to a conclusion. Last year's was so much better. Semangat rumah sukan lagi terserlah. Nasib baik duduk sebelah Yeen dengan Fina jadi takdelah boring sangat. Hoho. So, Wangsa Jaya dah ada pengerusi and jawatan-jawatan kuasa lain yang baru. Ada yang jealous dengan pengerusi kita seh. *kening kening* Janganlah macam tu eh. Hahaha.

Malam pula berkunjung tiba. Kan waktu rehat kita ada cakap yang kita akan reactivate kita punya Facebook next week kan. Tapi tak pun. Sebab rindu punya pasal kan. Hehe. Lagipun boring kot kalau deactivate Facebook lama-lama. Tu sebab dekat status tertulis "Earlier than I expected. Good :D". Lepas tu terharu bila Amira tulis "rindu ni, rinduuu. hahaha". So yeah. Buat apa nak seksa diri lama-lama sebab nak lari dari satu orang je kan. Biarlah. Afieqah ada ramai lagi orang lain. Lagipun, sempat cerita dengan Dayana, girl I miss you, and dia pun cakap banyak lagi kumbang kat luar. Hahaha. Haih, lepas kerja bolehlah nak cakap macam tu.

Hari ni hari Sabtu. Besok hari Ahad. Lusa hari Isnin. Um, obviously. Kadang-kadang, tak rasa macam sekolah baru bukak. Kadang-kadang, tak rasa baru lima hari kita bersekolah. Kadang-kadang, tak sedar diri tu dah form 4. Kan?

P/S: Dah habis baca Hot Gimmick #8-10. Makin complicated kot. Huuuh. Tapi Ryoki makin handsome :)

You're amazing. Enough said,

No comments:

Post a Comment