Pages

Sunday, January 2

Sekolah oh sekolah.

Kalau kita semua tengok kalendar hari ni lah kan, bulan besar-besar dah tulis Januari. Bukan Disember lagi dah. Tarikh pun dah bernombor 2. Jadi, budak-budak sekolah sekalian, faham-fahamlah ya. Besok dah nak mula sekolah balik dah. Puas cuti? Tak? Sama lah kita. *sob sob* Tambahan pulak, budak form 3 tahun lepas awal-awal lagi dah cuti en? Memang kiranya dah mula liatlah bila fikir balik pasal kelas, buku dan subjek baru.

Jadi this year, kita dah masuk form 4. Berapa bulan je lagi nak SPM.(Saja-saja tulis bulan sebab nak kasi kesedaran sikit. Sebab kalau sebut bulan macam lagi dekat je en compare to tahun?) Lepas tu college. Tak pun kene join PLKN dulu. Uish, dah tak lama dah. Tu lah sebab tadi dah listkan dah kita punya "New Year's Resolution" dekat dalam diary. Sorry, tak dapat nak share kat sini sebab, emm, malulah *tersipu-sipu*.

Okay, cuti dah habis. So malam ni, alarm clock, sila laporkan diri anda! Anda ada tugas pada pagi esok! Takutlah kalau terlajak besok. Mahu first day pulak tu. Lagak macam baru tahun lepas mula masuk sekolah pulak budak ni. Sigh. Oh, besok pun ada meeting dengan Cikgu Subhi pukul 11. Aiyah! First day pun sudah ada meeting ka? Apa nak buat an. Double sigh. Hmm, semua barang dah siap? Kita buat list eh.
  • Baju sekolah - Belum gosok lagi -_-
  • Kasut sekolah
  • Stationaries
  • Bag pack - Pakai tahun lepas punya cukup
  • Books - Tak beli apa-apa lagi pun -__-
  • Heart - I'm not prepared to go back to that wonderful place. Not yet -___-
HAH?! Dah lah malam ni last! Banyak benda tak ready lagi. Oh, and Afieqah, you need to be in bed by 11 or before. Remember! Tu je lah buat masa ni. Untuk murid-murid sekolah yang lain, Selamat Kembali ke Sekolah. Jangan ada yang mengada-ngada nak nangis pulak eh. Ingat pesan kak Afieqah. Eleh.
__________________________________________

Jangan pelik sangat kenapa tiba-tiba ada gambar baju Arsenal ni. Sebenarnya ada plan macam nak kirim dari kakak suruh belikan. Tapi tak tahu nak mintak belikan apa. Jadi bukaklah Emirates Official Store's official site. End up, tak tahu nak pilih antara dua ni pula -..- Hahaha. Nanti bila dah pilih, tengok-tengok tak jadi beli pulak kan? Haih.

You're amazing. Enough said,

No comments:

Post a Comment