"Berbulan-bulan mereka bersekolah di sekolah yang sama namun mereka tidak pernah bertegur siapa. Malahan, mereka kurang menyedari kewujudan satu sama lain. Bagaimanakah mereka mula berkenalan? Sepucuk surat. Surat yang dikirim dan diterima pada tiap-tiap minggu. Walaupun si penerima tidak mengetahui siapakah si pengirim, pada mulanya. Hanya di atas kertas-kertas itulah mereka berbalas-balas. Tetapi, tidak begitu banyak isinya. Sekadar bertanya khabar itu sahaja. Apabila terbongkarnya rahsia si pengirim, dia masih tidak dapat melupakan reaksi muka si penerima.
Hubungan mereka mula rapat sebagai seorang kawan beberapa bulan selepas itu. Itupun disebabkan oleh kawan-kawan mereka. Dan tanpa disedari, salah satu hati mula tertarik. Sayang seribu kali sayang, jika tangan yang ditepuk sebelah tangan, masakan ia bisa berbunyi. Mulalah, si perempuan cuba memikat hati si lelaki. Benar, si hawa yang ada menaruh hati pasa si adam. Tidak dapat dinafikan, tiadanya pengalaman membuat diri dibalut rasa malu. Di mulut kata lain, di hati kata lain. Tambahan pula, faktor usia yang sedang sibuk menimba ilmu menambahkan salah satu alasannya untuk berhenti mengharap.
Siapa sangka begitu susah sekali untuk fikiran si perempuan itu untuk melupakan tentang si dia. Bila dia percaya tiada lagi perasaan untuk si lelaki, si lelaki berjaya mencuit hatinya lagi. Acap kali si perempuan cuba melarikan diri tetapi acap kali itu jugalah dia gagal. Berbulan-bulan si perempuan menguburkan perasaannya. Si lelaki pula bendul orangnya. Tidak berjaya menangkap situasi yang berlaku.
Satu hari, si perempuan mendapat tahu satu rahsia besar. Si lelaki ada menyimpan hati untuk seorang lain. Ya, memang luluh hatinya. Dalam masa yang sama dia gembira. Gembira kerana dia tidak akan lagi terseksa. Berterusan. Bukan selama ini dia tidak tahu mengenai perihal si lelaki itu. Cuma dia tidak mahu mempercayainya. Sejak itu, perasaan si perempuan terhadap si lelaki itu cuba dikikisnya secepat yang mungkin.
Entah bagaimana, hatinya tercuit kembali. Perempuan yang diminati si lelaki itu juga nampaknya seperti meminati orang lain. Mampukah si perempuan meloloskan diri daripada cinta tiga segi ini? Masih adakah harapan untuk mereka? Harapnya tiada. Kerana, faktor usia yang masih muda. Tetapi jika benar wujudnya jodoh, suatu hari nanti mereka pasti akan bersatu."
Bersatu? Macam Am dan Ain? Farish dan Farisya? Daniel dan Alunie? Zain dan Aleeya? Hah, amik kau. Semua character keluar. Woah, sinopsis ni macam best. Tapi ayat dia pelik-pelik sikit. Entahlah. Hmm, tak pernah jumpa site yang ada offer baca novel online. Ho, Popular bookstore, untunglah kamu nampaknya ya. Hehehe. Eh, Penulisan2U kan ada. Kira cantiklah tu. Apa pun, tak jumpa source sinopsis ni lah. Haih. Ho, bila baca balik sinopsis ni macam, jiwangnya. Siapa yang main BINGO waktu orientasi semalam, kalau nak signature free, mintaklah. Kan ada satu kotak untuk suka membaca novel jiwang. Meh meh, tak payah susah-susah nak cari lagi dah :P

novel online kah ini? :O
ReplyDelete